Thursday, 28 January 2016

AKU SEORANG PENDATANG

Aku seorang pendatang,
Yang datang di negeri orang untuk mencari seguni ilmu,
Cari dan terus mencari dari negeri ke negeri yang lain
Aneka perbuatan telah ku lihat
Yang datang dari pelbagai jenis
Baik buruk semua telah ku menempuhi
Sehingga satu tahap aku rasa kesal
Dek kerana berjauhan dari keluarga tercinta
Dek kerana berjauhan dari sahabat bijaksana
Dek kerana hanyut dan merana

Aku seorang pendatang
Dari selatan terus ke utara
Untuk melaksanakan perintah dunia
Cari ilmu sehingga ke negeri china
Tetapi aku bodoh..
Aku dungu dengan perbuatanku
Aku datang hanya berfoya foya
Yang hanya merugikan wang dan masa.

Airmata ibubapa ku membawa pulang semangatku
Dengan harapan menuju tujuan yang Satu
Gigih dan usaha untuk terus menjadi maju
Kerana mereka telah wujudnya aku
Kerana mereka memberi kasih sayang kepadaku

Dan kerana mereka jiwa dan nyawaku

No comments:

Post a Comment