Friday, 7 October 2016

DULU DAN SEKARANG

Dulu kau selalu tempat manjaku,
Engkau selalu tempat lawanku,
Engkau juga selalu tempat mengaduku

Semuanya DULU,

Sekarang engkau hanya mampu tersenyum melihat lagaku,
Sekarang kau hanya mampu meminta doa dariku,
Sekarang kau perlukan aku sepanjang masamu

Dear abang

you raise me up

Bila aku jatuh,ada je tangan yang menyambutnya
Bila aku dalam masalah,ada je tangan yg membantunya
Lalu aku tunggu dan tetap disini
Sehingga dia datang kembali dalam hidup aku

Kau besarkan aku dengan penuh kegigihan
Kau besarkan aku dengan penuh keikhlasan
Kau besarkan aku dengan penuh kasih sayang
Aku perlukan dakapan mu

Abah,mak,
Kau kuat untk membentuk keluarga yang bahagia
Kau berjaya mendidik anak bangsa
Sehingga aku berjaya sebegini

Wednesday, 10 February 2016

DULU

dulu kau sering bersamaku
dulu kau ada dengan ku
senang susah kau selalu disampingku
atas satu kesilapan kau biarkan aku
biarkan aku menuju jalan yang penuh berliku
biarkan aku dengan penuh kesulitan
aku sering mnunggu kehadiranmu
yang datang menyinari ku

cari dan terus mencari
dimanakah dirimu?
mengapakau berjauhan dengan ku?
adakah kesilapan ku sungguh besar buatmu?
tolong aku perlukan kehadiranmu..

Friday, 29 January 2016

BONDA

Tanpa bonda aku tiada di dunia
Tanpa bonda aku tidak merasai keindahan dewasa
Tanpa bonda aku tidak dapat menjadi insan yang berguna
Tanpa bonda aku hanya hidup merana

Bersama bonda aku rasa dihargai
Bersama bonda aku rasa disayangi
Bersama bonda hidupku lebih bererti
Bonda seringkali mengingati

Terima kasih bonda kerna membesarkanku
Terima kasih bonda melayan kerenahku
Terima kasih bonda menjadi pengubat rinduku

Kau lah selalu dihatiku ibunda tercinta

KESAL

Rasa kesal mengenal dirimu
Dahulu kau tidak sebegini rupa
Kau melayan semua keinginanku
Kau menemanku dikala aku luka
Sehingga aku rasa gembira

Rasa kesal mengenal dirimu
Yang hanya datang bersua muka
 Yang hanya member pemberian palsu belaka
Yang mengarap balasan dan suka suka

Rasa kesal mengenal dirimu
Dijadikanku musuh sementara
Dijadikanku kuli durjana
Tikam belakang menjadi perkara biasa

Engkaulah sahabat BERDOSA

Thursday, 28 January 2016

PERMATA SEMENTARA

Sahabat
Panggilan untuk orang teristimewa
Yang sering ada bersama kita
Dalam waktu susah dan senangnya
Yang tak mengenal erti putus asa
Melayan kerenah yang dinamakan manusia

Aku seringkali salah mentafsirkannya
Kawan seringkali aku namakannya sahabat
Talam dua muka,tikam belakang
Semuanya telah ku temui
Sehingga satu tahap
Aku rasa menyesal
Mengerti apa itu kawan

Pahit manis semuanya telah bersama
Baik buruk semuanya telah mengenali
Tapi keikhlasan masih dicari

Sahabat

Siapakah aku dalam jiwamu?

MERINDUIMU

Berhari aku lalui hidup bersamamu
Hari hari aku rasa aku ada untukmu
Bayangmu yang hanya sentiasa
Membawa rindumu ke dalam

Sayang selalu membawa makna yang cukup besar bagiku
Tapi apakah maksud sayang terhadap dirimu?

Cinta kau ada dimana?
Adakah kau perasan kewujudanku?
Apakah kau telah menduakan ku?

Maafkanlah diri ku ini cinta
Ku harus pergi tingalkan rinduku padamu
Kau ingkar pada kata kata

Yang telah kau janjikan dahulu

AKU SEORANG PENDATANG

Aku seorang pendatang,
Yang datang di negeri orang untuk mencari seguni ilmu,
Cari dan terus mencari dari negeri ke negeri yang lain
Aneka perbuatan telah ku lihat
Yang datang dari pelbagai jenis
Baik buruk semua telah ku menempuhi
Sehingga satu tahap aku rasa kesal
Dek kerana berjauhan dari keluarga tercinta
Dek kerana berjauhan dari sahabat bijaksana
Dek kerana hanyut dan merana

Aku seorang pendatang
Dari selatan terus ke utara
Untuk melaksanakan perintah dunia
Cari ilmu sehingga ke negeri china
Tetapi aku bodoh..
Aku dungu dengan perbuatanku
Aku datang hanya berfoya foya
Yang hanya merugikan wang dan masa.

Airmata ibubapa ku membawa pulang semangatku
Dengan harapan menuju tujuan yang Satu
Gigih dan usaha untuk terus menjadi maju
Kerana mereka telah wujudnya aku
Kerana mereka memberi kasih sayang kepadaku

Dan kerana mereka jiwa dan nyawaku